<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8272354045492099556?origin\x3dhttp://blog-melayu-melyssa.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Selamat Datang! ♥ [:
profil

MELYSSA NOVIANNA AZALEA! ★



Saya akan berumur 14 tahun pada 6 November.
Saya bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks, Menengah 2.



Saya seorang yang pendiam.
Saya gemar membaca novel-novel, tetapi bukan dalam bahasa Melayu.



K-POP! Atau Korean-pop, adalah minat saya.


BERBUAL


Nombor Dua Puluh Empat.
2010/09/10

Selamat Hari Raya kepada semua orang yang menyambuti~ (:

---



Adik-adik saya berminta maaf daripada ibu bapa. (: Maaf kerana boleh mendengar suara-suara saya, kakak dan juga bibik. Adik-adik tidak tahu cara untuk berminta maaf, itu sebab.

---



Saya berkeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya. Saya berada di paling kiri di dalam 'video' ini, yang berbaju putih. (:

Nombor Dua Puluh Tiga.
2010/09/09

GEYLANG!

Maaf kerana sikit gambar. Saya baharu sahaja pulang daripada Geylang. Tempatnya begitu sesak sehingga saya tidak dapat mengambil banyak gambar. Itulah, 'last minute' orang berkata..










Nombor Dua Puluh Dua.

HELLOOOOOOOOOOOOOO.
Saya masih bersedih lagi, tetapi terpaksa 'taip' pos ini.

Esok hari raya. Saya benar-benar tidak mahu menyambut. Saya berasa seperti, terlalu awal agaknya. Ataupun, sebab saya sedang 'ber-emo', saya masih tidak mahu menyambut hari raya lagi.

Tahun ini, untuk raya, keluarga saya akan memakai baju warna hitam dan putih. Ayah, kakak dan adik saya akan memakai baju hitam. Ibu, saya dan lagi satu adik saya akan memakai baju putih. Saya memberitahu ibu yang kami seperti 'yin and yang', tetapi dia tetap memilih kedua-dua warna ini. Apa-apa sahajalah, ibu yang betul..

Saya tidak tahu macam mana harus meminta maaf daripada ibu bapa. Saya tahu tahun ini, saya telah membuat banyak kesalahan berbanding dengan tahun-tahun yang lain. Ialah, macam mana tidak jika saya 'ber-moodswing' selalu?

Hingga sini sahajalah~
Saya rasa ini pun pos terakhir saya di sini..
Saya telah 'enjoy-ed' mengalaman ini. (:

Selamat tinggal, kamu!

Nombor Dua Puluh Satu.
2010/09/08

Hi semua. ):

Saya sedang beredih sekarang. Saya sudah bersedih sekurang-kurangnya lima hari. Anda ingin tahu mengapa saya bersedih? Saya hendak pergi ke konsert Kpop, tetapi keluarga tidak memberi izin. Saya sedang merajuk dengan mereka sekarang. Ah, hendak buat apa? Tidak ada apa-apa pilihan kerana harus mendengar kata ibu. TT.TT

Hidup saya sangat bosan sekarang... Saya hanya tidur selama 12 jam, bangun, mandi, dan menggunakan 'laptop' selama 12jam. Ini sudah berulang selama lima hari! Tidur, mandi, laptop. Tidur, mandi, laptop. Nak buat apa dengan hidup saya? Saya sebenarnya sudah rancang untuk belajar semasa tutup sekolah.. Tetapi kerana sedang 'ber-emo' sekarang, saya sudah tidak jadi belajar. Macam mana?

Sampai sini sahajalah.. Saya mahu tidur~ ):
Selamat tinggal..

Dari,
Azalea yang sungguh sedih.

Nombor Dua Puluh.
2010/08/22

HELLO!

Hari ini hari sungguh istimewa. Ingin tahu apa? Hari ini hari jadi Siti~ Dua dari lepas, hari jadi Nisa! Selamat hari jadi kepada kamu berdua. (: Maafkan saya, Nisa, kerana tidak mendapat apa-apa untuk hari jadi kamu.

Tadi, saya telah membuat kek untuk Siti! Sebenarnya, saya telah rancang untuk balik daripada sekolah secepat mungkin supaya sempat untuk saya memberikan kek kepada Siti untuk berbuka puasa. Tetapi, saya telah menggunakan terlalu banyak masa untuk membeli bahan-bahan kek, dan juga membuat kek itu untuk Siti. Apabila sedang membakar kek, saya sudah mendengar azan di radio. ):

Kek saya berasa sungguh enak! Mahu cuba? Saya rasa saya tidak jadi memberi Siti kek yang saya membuat. Saya takut kawan-kawan lain akan menyuruh saya membuatkan kek untuk mereka juga!

---

Itu sahaja untuk hari ini~
Saya berasa penat, tetapi saya gembira kerana saya telah menggunakan usaha saya!
Selamat tingggggaaaaaaaaaal, kamuuuuuuuuuuu! :D

Nombor Sembilan Belas.
2010/08/10

Hello!
(:

Hari ini hari Rabu. Hari ini juga hari jadi Batrisya. Selamat hari jadi kepada kamu! Sebab saya menulis pos ini sekarang adalah kerana esok kami akan bermula berpuasa!

Saya tidak tahu apa hati sedang berasa. Gembira? Saya tidak berasa gembira langsung. Saya takut saya tidak dapat berpuasa penuh pada bulan ini. ): Harap-harap, hanya lima ke enam hari saya tidak dapat puasa. Walaubagaimanapun, bulan berpuasa baik untuk saya pada masa ini kerana kebelakangan ini, saya sering berasa marah dengan cepat.

Tidak apa-apa, berpuasa akan memberi saya banyak pahala! ^^ Saya berasa hairan. Walaupun sudah beberapa tahun saya mula berpuasa, mengapa selalu ghairah untuk pertama hari berpuasa? Agaknya kerana kami hanya berpuasa untuk satu bulan dari dua belas bulan.

Itu sahajalah~
Selamat berpuasa!

Nombor Lapan Belas.
2010/08/07

Hihi kepada pembacaku tersayang~
:D

Saya berasa sungguh penat sekarang! Ini kerana saya baharu sahaja pulang daripada Somerset. {:

Hari ini, saya telah bertemu dengan satu lagi kawan baik saya, YiZhen. Saya berasa amat gembira kerana telah dapat menjumpainya selepas beberapa bulan! Pim, kawan sekelas dengan saya pada tahun ini, telah mengikuti kami berjalan-jalan di Somerset.

---

Saya telah menjumpai YiZhen pada pukul 1 petang. Pim telah memberitahu saya bahawa dia cuma dapat menjumpa kami pada pukul 2 petang. Sementara menunggu Pim untuk menjumpa kami, kami telah menuju ke Somerset dahulu.

Kami telah bercadang untuk pergi ke kedai HMV di situ. Kami juga pergi ke kedai buku di sebelah HMV. Kami telah menggunakan 1jam lebih untuk melihat album-album dan buku-buku di sana. Pim pun memberitahu saya bahawa akan tiba di Somerset. Kami berdua berjalan ke MRT Somerset untuk menjumpai Pim di sana.

Selepas kami berjumpa dengan Pim, dia bercadang untuk pergi ke Plaza Singapura. Saya dan YiZhen bersetuju kerana kami mahu cari hadiah hari jadi untuk kawan kami, Mildred.

Setelah beberapa jam berjalan, kami akhirnya dapat membelikan Mildred hadiah sesuai. Kami pun berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing.

---

Hadiah kawan saya :


Itu sahajalah pada hari ini!
Selamat tinggal~

KAWAN-KAWAN

Ady Azarina Azra Faiez Farah Fazurah Hairi Hanani Hidayah Nisa Siti Zawani


Perkara lalu



Terima Kasih

Perancang: Eun-ice
Inspirasi: Plastic!Romance