<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8272354045492099556?origin\x3dhttp://blog-melayu-melyssa.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Selamat Datang! ♥ [:
profil

MELYSSA NOVIANNA AZALEA! ★



Saya akan berumur 14 tahun pada 6 November.
Saya bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks, Menengah 2.



Saya seorang yang pendiam.
Saya gemar membaca novel-novel, tetapi bukan dalam bahasa Melayu.



K-POP! Atau Korean-pop, adalah minat saya.


BERBUAL


Nombor Dua.
2010/07/03

HI!
(Kepada kamu, yang sedang membaca blog saya sekarang.)

Nama saya Melyssa Novianna Azalea, seperti yang dipaparkan di atas. Saya mencipta ramai nama panggilan, justeru saya akan mengizinkan kamu untuk memanggil saya apa sahaja yang kamu suka. Tetapi, saya akan berasa gembira setiap kali seseorang memanggil saya 'Azalea'.

Ingin tahu kenapa? Azalea adalah sejenis tanaman berbunga, jadi saya berasa terharu apabila dipanggil 'bunga'.

Saya masih berumur 13 tahun sekarang, tetapi saya akan berumur 14 tahun pada 6 November. Saya berasa sedih kerana hari jadi saya masih jauh lagi. Ramai teman-teman saya telah pun menyambut hari jadi mereka, saya berasa seperti saya tertinggal.

Saya bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks, dan saya baru sahaja mendaftarkan diri pada tahun ini. Pada tahun lalu, semasa saya Menengah 1, saya bersekolah di Sekolah Menengah Greendale.

---


Saya seorang yang pendiam. Saya tidak suka bercampur dengan orang yang tidak saya kenali dengan baik. Jikalau saya diberi pilihan antara bersendirian atau bercampur dengan teman-teman, saya akan memilih untuk bersendirian.

Saya rasa sifat saya yang suka bersendirian telah membuat saya gemar membaca buku. Saya selalu membaca apabila saya ada masa atau saya berasa bosan. Saya boleh menghabis membaca sebuah buku yang tebal dalam masa yang cepat.

Saya seorang yang tidak banyak menonton televisyen. Saya hanya menonton saluran Korea sahaja. Itu kerana saya meminati apa sahaja yang berkaitan dengan Korea, seperti bahasa Korea.

Berbicara tentang Korea, saya sangat meminati K-POP, atau 'Korean pop'. Saya mengumpul gambar-gambar penyanyi Korea dan album-album lagu mereka. Saya suka irama lagu-lagu Korea, dan saya mendengar lagu-lagu mereka setiap hari.

---


Itu sahaja yang saya akan berkongsi dengan kamu pada hari ini. Saya akan selit sedikit demi sedikit fakta tentang saya lain kali.

KAWAN-KAWAN

Ady Azarina Azra Faiez Farah Fazurah Hairi Hanani Hidayah Nisa Siti Zawani


Perkara lalu



Terima Kasih

Perancang: Eun-ice
Inspirasi: Plastic!Romance