|
Selamat Datang! ♥ [:
|
|
profil MELYSSA NOVIANNA AZALEA! ★ Saya akan berumur 14 tahun pada 6 November. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks, Menengah 2. Saya seorang yang pendiam. Saya gemar membaca novel-novel, K-POP! Atau Korean-pop, adalah minat saya. |
BERBUAL |
|
Nombor Empat.
2010/07/09 ![]() Di atas adalah gambar saya bersama dengan kedua adik-adik perempuan saya. Saya akan bercerita tentang mereka pada hari ini. --- Hari ini, saya berasa amat jengkel. Saya rasa kerana aktiviti-aktiviti sekolah telah membuat saya penat. Pada mulanya, saya telah merancang untuk pergi ke perpustakaan hari ini. Tetapi, saya tidak ada 'mood' untuk pergi selepas sekolah, lalu saya terus pulang ke rumah. Apabila sudah sampai, saya langsung masuk ke bilik saya tanpa berbicara apa-apa pun. Keluarga saya dengan jelas sudah tahu bahawa saya sedang marah. Adik-adik saya suka bermain dengan saya, dan mereka selalu bermain di bilik saya. Hari ini, saya telah memarahi mereka kerana suka mengganggu saya dan saya telah menghalau mereka daripada bilik saya. Selepas mereka keluar daripada bilik saya, saya menyesal atas perbuatan saya. Saya tidak patut memarahi mereka, kerana mereka bukan sebab saya berasa marah pada mulanya. Saya sebenarnya seorang yang cengeng. Saya hampir menangis selepas memarahi adik-adik. Saya tidak mahu mereka memikir bahawa saya tidak menyanyangi mereka. Saya menyedari bahawa setiap kali saya berasa marah, saya akan memarahi mereka. Saya tidak dapat mengawal perasaan. Saya rasa saya akan meminta maaf nanti. --- Salam hormat! |
KAWAN-KAWAN Ady Azarina Azra Faiez Farah Fazurah Hairi Hanani Hidayah Nisa Siti Zawani Perkara lalu Terima Kasih Perancang: Eun-ice Inspirasi: Plastic!Romance |