|
Selamat Datang! ♥ [:
|
|
profil MELYSSA NOVIANNA AZALEA! ★ Saya akan berumur 14 tahun pada 6 November. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks, Menengah 2. Saya seorang yang pendiam. Saya gemar membaca novel-novel, K-POP! Atau Korean-pop, adalah minat saya. |
BERBUAL |
|
Nombor Enam.
2010/07/17 KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU --- Hari ini, saya akan berbual tentang lima kuih-muih!
Inilah kuih baulu! Kuih baulu boleh juga dipanggil kuih bahulu. Kuih baulu sangat popular, di mana-mana sahaja. Kuih baulu adalah salah satu daripada kuih-muih yang selalu ada semasa sambutan hari raya. Kuih baulu disukai ramai, justeru kuih ini senang nak dijumpai di kedai-kedai. Walaupun semasa tidak ada sambutan, kuih baulu tetap dijual kerana popular.Terdapat tiga jenis kuih baulu, iaitu kuih baulu kecil/cermai, baulu lapis dan juga baulu gulung. Kuih Lepat Kuih lepat adalah kumpulan kuih yang dihasilkan dengan membungkus kuih itu dalam daun pisang lalu dikukus. Ada beberapa jenis kuih lepat, tetapi yang lebih popular atau disukai adalah lepat pisang, lepat ubi dan juga lepat jagung.Kuih Lompang ![]() Ku~ih Lom~pang! (: Kuih lompang berbentuk cawan kecil, dan ia selalu berwarna-warni. (seperti gambar di atas ^^) Kuih lompang dikukus, jadi ia menyihatkan! Kuih lompang ini makan ringan yang dimakan dengan kepala parut muda! Kuih Puteri Salat Puteri salat boleh juga dipanggil 'serimuka'. Kuih ini salah satu kuih nyonya, dan ia menjadi kegemaran ramai orang. Puteri salat dibuat daripada dua bahagian, bahagian atas dan bahagian bawah. Warna bahagian atas bergantung kepada rasanya. Jikalau mahu rasa pandan, bahagian atas akan berwarna hijau. Kalau tidak, bahagian atas boleh berwarna kuning emas. Bahagian bawah selalunya lebih tinggi daripada bahagian atas oleh kerana ia akan meratakan rasa kuihnya secara seluruh. |
KAWAN-KAWAN Ady Azarina Azra Faiez Farah Fazurah Hairi Hanani Hidayah Nisa Siti Zawani Perkara lalu Terima Kasih Perancang: Eun-ice Inspirasi: Plastic!Romance |