<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8272354045492099556?origin\x3dhttp://blog-melayu-melyssa.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Selamat Datang! ♥ [:
profil

MELYSSA NOVIANNA AZALEA! ★



Saya akan berumur 14 tahun pada 6 November.
Saya bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks, Menengah 2.



Saya seorang yang pendiam.
Saya gemar membaca novel-novel, tetapi bukan dalam bahasa Melayu.



K-POP! Atau Korean-pop, adalah minat saya.


BERBUAL


Nombor Lapan.
2010/07/20

PERKAHWINAN MELAYU!

---

Untuk perkahwinan melayu, ada beberapa adat-istiadat yang orang-orang mengikuti. Beberapanya adalah merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan juga perkahwinan sendiri.

---

Merisik :
Merisik boleh juga dipanggil meninjau atau menengok. Adat ini adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati seorang lelaki belum lagi berpunya.

Terdapat beberapa kriteria juga perlu dipertimbangkan selebum gadis menerima lamaran pihak lelaki.

Meminang :
Adat ini dilakukan untuk menyatakan tujuan mereka secara rasmi. Saudara-mara pihak perempuan dan lelaki akan berunding untuk berbincang tentang tarikh bertunang dan sebagainya.

Bertunang :
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Majlis kenduri akan diakan di rumah pihak perempuan. Hantaran dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Akad Nikah :
Akad nikah adalah acara paling penting dalam perkahwinan Islam. Ia adalah acara yang wajib. Upacara ini dijalankan untuk memastikan segala perjanjian pihak lelaki, seperti mas kahwin.

Di dalam upacara ini, bapa pengantin perempuan harus menjadi wali untuk menikahkan anaknya.

Majlis Perkahwinan :
Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan. Persiapan-persiapan termasuk menghantar surat jemputan, menyiapkan pelamin dan juga bunga telur!

---

Itu sahaja!
Salam hormat.

KAWAN-KAWAN

Ady Azarina Azra Faiez Farah Fazurah Hairi Hanani Hidayah Nisa Siti Zawani


Perkara lalu



Terima Kasih

Perancang: Eun-ice
Inspirasi: Plastic!Romance